Ruangan ini merupakan ruang untuk kamu berkongsi cerpen yang telah kamu baca. Cara-cara melakukannya akan dijelaskan di bawah ini :


  1. Pertama sekali kamu harus klik ( di bahagian kiri ) ikon " New Page"
  2. Setelah itu kamu akan dibawa ke muka surat yang memerlukan kamu menaipkan tajuk untuk "New Page" itu. Kamu dikehendaki menaipkan tajuk Cerpen. Jangan lupa untuk tuliskan nama kamu di akhir setiap muka surat yang kamu sudah selesaikan. Pilih cerpen yang paling menarik yang telah kamu baca untuk dikongsi bersama di sini. Ruangan ini harus dikemas kini setiap bulan ( 1 bulan 1 cerpen ).
  3. Setelah itu kamu bebas membuat catatan mengenai cerpen tersebut ( mengikut arahan cikgu ).
  • Tulis Tajuk Cerpen
  • Tulis nama Pengarang / Penulis
  • Mula dengan Ringkasan ( iaitu jalan cerita / plot )
  • Diikuti dengan Ulasan ( pandangan kamu terhadap tema / persoalan / watak )
  • Diikuti dengan frasa-frasa menarik.
  • Akhiri dengan nama dan kelas kamu.

Objektif Tugasan Ini:
  1. Menggalakkan kamu membaca bahan bacaan bahasa Melayu.
  2. Mengukuhkan dan menambahkan bilangan perkataan Melayu. ( kosa kata.)
  3. Mendapat idea bagi menulis karangan berbentuk naratif.
  4. Membantu kamu menulis dengan kreatif dan menarik.
  5. Membina daftar frasa menarik dan berkongsi dengan rakan-rakan.

Selamat bertugas !

Cikgu Filza

----------------------------------------------------------------

Contoh Jawapan Kamu

Tajuk Cerpen

Penulis

Ringkasan

Ulasan
- Tema
- Persoalan
- Watak
- Frasa-frasa menarik ( termasuk frasa/ayat yang menyambut dialog )
- Nama
- Kelas